SEMBELIT KANAK KANAK
Soalan:
Doktor,
Bayi saya dilahirkan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Dermatitis Bulossa, kini berusia 7 bulan. Sistem perkumuhannya (buang air besar) amat payah, kadangkala sehingga muntah-muntah. Saya tidak sampai hati melihatkan keadaannya itu. Saya ingin bertanya kepada doktor apakah pemakanan yang terbaik perlu saya sediakan untuknya. Segala maklum balas amat saya hargai. Terima kasih.
Bayi saya dilahirkan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Dermatitis Bulossa, kini berusia 7 bulan. Sistem perkumuhannya (buang air besar) amat payah, kadangkala sehingga muntah-muntah. Saya tidak sampai hati melihatkan keadaannya itu. Saya ingin bertanya kepada doktor apakah pemakanan yang terbaik perlu saya sediakan untuknya. Segala maklum balas amat saya hargai. Terima kasih.
Jawapan:
Sembelit
Sembelit
adalah satu masalah yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh
pemakanan mereka yang tidak cukup mengandungi air dan serat atau fiber, ataupun
kerana faktor-faktor lain dalam persekitaran kanak-kanak tersebut.
Seseorang
kanak-kanak itu dikatakan mengalami sembelit apabila ia membuang air besar
kurang tiga kali seminggu; bila najis itu keras, kering dan besar atau; apabila
ia menjadi sukar untuk kanak-kanak tersebut membuang air besar.
Menghadapi
masalah sembelit
* Berikan
air yang lebih
Minum air
yang mencukupi dan juga cecair lain, menolong pergerakan najis yang lebih
senang melalui usus.
Keperluan
air seseorang kanak-kanak ditentukan mengikut umur dan berat badan. Lazimnya
kanak-kanak dalam umur persekolahan memerlukan tiga ke empat gelas air sehari.
Selain itu,
boleh juga ditambah dengan satu hingga dua cawan jus setiap hari.
* Makanan
kaya serat
Makanan yang
mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan
roti bijirin penuh boleh membantu mengatasi masalah sembelit.
Serat ini
tidak dihadam, jadi ia menolong membersihkan usus dalam pergerakan, ia melalui
sepanjang usus.
Sementara
itu, diet yang penuh dengan lemak, bergula atau berkanji boleh memperlahankan
pergerakan usus.
Serat ini
lazimnya tidak digemari oleh kanak-kanak, justeru kita boleh mencuba buah-buahan
seperti epal, oatmeal, oren, pisang, kentang bakar dan dan bertih jagung.
* Senaman
yang cukup
Aktiviti
fizikal menggerakkan lagi usus. Jadi galakkan kanak-kanak bersenam dengan
melakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti bermain tangkap-tangkap dan
berbasikal.
* Jadual
pemakanan yang tetap
Makanan
merupakan rangsangan asli atau semula jadi bagi pergerakan usus. Oleh itu,
jadual pemakanan yang tetap menolong mewujudkan pergerakan usus yang rutin.
* Mewujudkan
suatu tabiat tandas yang baik
Jika kanak-kanak
itu suka menahan bila masa hendak ke tandas, kita boleh memastikan kanak-kanak
tersebut duduk di tandas sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari pada waktu
yang sama, sebaik-baiknya selepas makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan